Kumpulan_Spider

Kumpulan Spider merupakan kumpulan muzik Malaysia. Mereka membawa lagu-lagu berunsur rock yang mempunyai pengaruh ska. Spider Ditubuhkan pada tahun 1996, pada waktu itu mereka terdiri daripada 4 orang anak muda dari Johor iaitu Tam, Nafie, Tony dan Aie. Bakat mereka diasah oleh komposer terkenal Sifu M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.