Kumpulan_Visa

Visa merupakan kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1991 di Terengganu. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Rohisham Hashim (Sham; vokal), Zulkarnain Mat Nor (Joe; gitar utama), Mazli Zainal (Mazli; gitar kedua), Ibrahim Mat Nor (Imm; bass) dan Tengku Mohd Zainuddin Tengku Dalam (Kudin; dram). Mereka mencipta nama dalam industri muzik tanahair dengan lagu hit "Untukmu Selamanya" menerusi album pertama eponim mereka pada 1992.

Kumpulan_Visa

Berasal dari Terengganu,  Malaysia
Syarikat rakaman Happy Records (1991-1997)
EMI (1991-1997)
Ahli Sham - vokal
Joe - gitar utama
Mazli/Malee - gitar kedua
Imm - bass
Kudin - dram
Genre Rock, Pop
Bekas ahli Murad - gitar kedua
Tahun aktif 1991–1997