Kumpulan_Wang_Persaraan_(Diperbadankan)

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) ialah badan berkanun yang menguruskan skim pencen bagi pekerja awam Malaysia. KWAP ialah pengurus pelaburan Tabung Persaraan, yang digunakan untuk membiayai tanggungan pencen kerajaan, dan bertanggungjawab untuk pentadbiran dan pembayaran pencen kepada pesara sektor awam. KWAP ialah salah satu daripada tiga badan utama dalam sistem pencen Malaysia, yang lain ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (untuk pekerja sektor swasta) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (untuk anggota tentera). Ia juga dianggap sebagai salah satu syarikat pelaburan kerajaan Malaysia (GLIC).[2][3]

Kumpulan_Wang_Persaraan_(Diperbadankan)

Ibu pejabat Integra Tower, The Intermark
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
Pendahulu Kumpulan Wang Amanah Pencen
Perancang utama
Industri
  • Dana pencen
  • Pengrusan pelaburan
Laman sesawang www.kwap.gov.my
AUM RM140.8 bilion (2017)[1]
Jenis Badan berkanun
Ditubuhkan 1 Mac 2007; 13 tahun yang lalu (2007-03-01)