Kumpulan_berfungsi

Dalam kimia organik, kelompok berfungsi (atau kumpulan berfungsi, bahasa Inggeris: functional group[1]) adalah kumpulan atom tertentu dalam molekul yang bertanggungjawab terhadap sifat tindak balas kimia bagi molekul itu. Kumpulan berfungsi yang sama akan melalui tindak balas kimia yang sama atau serupa tanpa mengira saiz molekul.Dengan menggabungkan nama kelompok berfungsi dengan nama induk bagi alkana menjanakan satu penamaan bersistem bagi sebatian organik.Kelompok berfungsi bagi atom bukan hidrogen sentiasa disatukan dengan atom yang lain atau molekul yang lain melalui ikatan kovalen. Apabila kumpulan atom disatukan dengan molekul lain melalui daya ion, kumpulan itu akan dipanggil sebagai ion poliatom atau ion kompleks. Semua ini pula dipanggil radikal, yang menunjuk maksud seperti istilah radikal untuk radikal bebas.Atom karbon yang pertama selepas karbon yang terikat dengan kelompok berfungsi dipanggil karbon alfa.Kelompok berfungsi terikat kepada tulang belakang karbon bagi molekul organik. Mereka menentukan sifat dan tindak balas kimia suatu molekul itu. Kelompok berfungsi jauh kurang stabil berbanding tulang belakang karbon dan lebih cenderung untuk terlibat dalam tindak balas kimia.