Kupronikel

Kupronikel adalah aloi yang mengandungi tembaga, nikel dan bendasing-bendasing penguat, seperti besi dan mangan. Kupronikel tidak kakis dalam air laut, kerana keelektronegatifannya dilaras agar neutral kepada air laut. Oleh sebab itu, ia digunakan untuk perkakasan laut, dan kadangkala untuk perejang-perejang, aci-aci engkol dan sekam bagi bot-bot tunda premium, bot-bot memancing dan bot kerja lain. Penggunaan kupronikel yang paling pelbagai, dari pandangan orang biasa, ialah dalam kebanyakan syiling edaran moden yang berwarna perak. Campuran yang biasa adalah 75% tembaga, 25% nikel, dan kandungan surih mangan. Pada masa dahulu, duit syiling perak tulen diturunkan nilai dengan kupronikel.Ia digunakan dalam termogandingan, dan nisbah 55% tembaga/45% aloi nikel adalah digunakan untuk membuat perintang yang sangat tepat .Logam monel adalah sejenis aloi tembaga nikel , mengandungi sehingga 65% nikel. Lihat juga gangsa (tembaga dialoikan dengan timah), loyang (tembaga dialoikan dengan zink), dan tembaga putih (kumpulan aloi-aloi tembaga-nikel lain).