Penerbangan Kupu-kupu

Heteronympha merope berlepas

Seperti kebanyakan serangga yang lain, angkatan yang dijana oleh kupu-kupu adalah lebih daripada yang mampu diperhatikan oleh aerodinamik bukan sementara dalam keadaan tetap. Hasil penyelidikan yang menguji Vanessa atalanta dalam terowong angin menunjukkan bahawa ia menggunakan beraneka jenis mekanisme aerodinamik untuk menjana daya. Ini termasuk tangkapan keracak (wake capture), vorteks pada hujung kepak, mekanisme putaran dan mekanisme Weis-Fogh. Kupu-kupu ini juga mampu bertukar ragam dengan pantas sekali.[39]

Perpindahan

Kupu-kupu Monarch berpindah dengan jauh sekali

Kebanyakan kupu-kupu berpindah-randah sepanjang jarak jauh. Contohnya, kupu-kupu Monarch berpindah secara berduyun-duyun dari Mexico ke utara Amerika Syarikat dan selatan Kanada, iaitu jarak kira-kira 4000 hingga 4800 km (2500–3000 batu), begitu juga dengan Vanessa cardui dan beberapa kupu-kupu Danainae. Perpindahan besar-besaran yang berhubung kait dengan monsun kelihatan di semenanjung India.[40] Perpindahan telah dikaji selidik akhir-akhir ini dengan menggunakan teg kepak dan juga isotop hidrogen yang stabil.[41][42]

Kupu-kupu didapati berpandu arah dengan menggunakan 'kompas matahari' yang terpampas waktu. Ia boleh melihat cahaya terkutub, dan oleh itu mampu menentukan arah dalam keadaan mendung juga. Cahaya terkutub dalam kawasan yang dekat dengan spektrum ultraungu dikatakan amat penting.[43]

Pernah diusulkan bahawa kebanyakan kupu-kupu berpindah-randah ini berasal dari kawasan separa gersang di mana musim membiaknya amat singkat.[44] Sejarah hayat tumbuhan perumahnya juga mempengaruhi perancangan kupu-kupu berkenaan.[45]


Rujukan

WikiPedia: Kupu-kupu http://www.univie.ac.at/Voelkerkunde/apsis/aufi/ri... http://newswise.com/articles/view/547899/ http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199405/butte... http://www.todayifoundout.com/index.php/2011/10/ca... http://www.stanford.edu/group/CCB/Pubs/Boggs_pdfs/... http://entomology.ifas.ufl.edu/creatures/main/sear... http://ebd06.ebd.csic.es/pdfs/Herrera.1987.Oikos.p... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1617347 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC28060 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11380661