Kurdistan_(Iran)
Kurdistan_(Iran)

Kurdistan_(Iran)

Kurdistan (Bahasa Parsi: استان کردستان : Ostane Kordestan; Bahasa Kurdi: پارێزگه ی کوردستان, Parêzgeha Kurdistanê) adalah antara wilayah-wilayah Iran. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 28,817 km² dan bersempadan dengan Iraq, Wilayah Azarbaijan Barat, Wilayah Zanjan dan Wilayah Kermanshah. Ibu kotanya ialah Sananda. Bandar-bandar utamanya ialah Piranshahr, Marivan, Baneh, Saqqez, Qorveh, Bijar, Kamyaran dan Diwandarreh.