L'Équipe

L'Équipe (bahasa Perancis: "Pasukan", disebut: [leˈkip]) adalah sebuah akhbar sukan Perancis yang diterbitkan setiap hari di seluruh negara Perancis milik syarikat Éditions Philippe Amaury. Akhbar ini terkenal dengan liputannya dalam sukan bola sepak, ragbi, sukan permotoran serta perlumbaan basikal.Ia dahulunya dikenali dengan nama L'Auto (1900–1940) yang merupakan sebuah akhbar sukan umum. L'Auto merupakan pelopor kepada perlumbaan Tour de France yang bermula pada 1903 dengan tujuan melariskan akhbar tersebut; malah jersi kuning yang dipakaikan pemenang perlumbaan tersebut turut diilhamkan daripada warna kertas yang digunakan bagi mencetak L'Auto pada masa itu. Liga Juara-Juara UEFA juga mendapat asalnya daripada ilham salah seorang wartawan akhbar ini bernama Gabriel Hanot.L'Équipe diterbitkan dalam format lebar sehelai.[1]