LDAP

Protokol Capaian Direktori Ringan ("Lightweight Directory Access Protocol-LDAP) merupakan protokol applikasi bagi perlaksanaan menanya dan menyunting data bagi rangkaian perkhidmatan direktori bagi protokol Internet (IP).[1]Direktori merupakan set objek dengan sifat khusus diatur secara logik dalam struktur berhierarki. Contoh mudah adalah direktori telefon, yang terdiri daripada daftar nama (samaada orang atau organisasi) disusun menurut abjad, dengan setiap nama memiliki alamat dan nombor telefon berkait dengannya.Pokok maklumat direktori sering membayangkan pelbagai sempadan politik, geografi, dan/atau organisasi, bergantung kepada model dipilih. Perlaksanaan LDAP hari ini cenderung menggunakan nama Sistem Nama Domain ("Domain Name System-DNS") bagi menstruktur aras tertinggi hierarki. Lebih dalam direktori mungkin kelihatan kemasukan mewakili orang, unit organisasi, pencetak, dokumen, kumpulan orang atau apa-apa yang mewakili kemasukan bentuk pokok (atau kemasukan berganda).Versi terkini LDAP adalah Versi 3, yang ditegaskan dalam siri Trek Piwaian Mohon (RFC) Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet ("Internet Engineering Task Force-IETF") sebagaimana diperincikan dalam RFC 4510.

Rujukan

WikiPedia: LDAP http://capitalhead.com/articles/troubleshooting-ld... http://www.devshed.com/c/a/Administration/Understa... http://www.prasannatech.com/ldapdesign.html http://linuxwiki.riverworth.com/index.php?title=LD... http://oss.segetech.com/linux-ldap-configuration.h... http://www.bekatul.info/node/24 http://www2.computer.org/portal/web/csdl/doi/10.11... http://www.iana.org/assignments/sasl-mechanisms http://www.tldp.org/HOWTO/LDAP-HOWTO/ http://www.skills-1st.co.uk/papers/ldap-schema-des...