LISP

LISP (lebih biasa, Lisp) adalah sebuah keluarga bahasa pengaturcaraan komputer. Dicipta pada tahun 1958, ia merupakan bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang kedua tertua selepas Fortran. Nama LISP berasal daripada kata Inggeris list processing ("pemprosesan senarai"). Terdapat dua dialek utama LISP, iaitu Common Lisp dan Scheme.