La_Liga

Primera División lebih dikenali sebagai La Liga atau La Liga Santander atas sebab penajaan bank Sepanyol iaitu Santander[1] merupakan pertandingan liga bola sepak profesional tahap tertinggi di Sepanyol disertai sebanyak 20 pasukan. Tiga pasukan terbawah disingkirkan ke Segunda División dan diganti dengan dan pasukan teratas dan play-off diantara kedudukan ke-3 sehingga ke-6 dalam divisyen tersebut. Sejumlah 60 pasukan pernah bersaing dalam La Liga, sembilan daripadanya pernah digelar juara. Sejak 1950-an, Real Madrid dan FC Barcelona telah mendominasi kejuaraan tersebut dengan memenangi 33 kali dan Barcelona sebanyak 24 kali. Walau bagaimanapun, semasa 1930-an dan 1940-an dan dalam dua dekad lepas, La Liga pernah dijuarai oleh lain pasukan termasuk Valencia, Atlético Madrid, Sevilla, Deportivo de La Coruña, Athletic Bilbao, Real Sociedad dan Real Betis. La Liga adalah satu daripada liga sukan profesional paling popular di dunia, dengan purata kehadiran 26,741 untuk perlawanan liga dalam musim 2014–15. Ini merupakan keenam tertinggi dalam mana-mana liga sukan profesional tempatan di dunia dan ketiga tertinggi dalam mana-mana liga bola sepak profesional, di belakang Bundesliga, Liga Perdana Inggeris dan Liga Super India.