Labah-labah
Labah-labah

Labah-labah

Araneomorphae
Mesothelae
Mygalomorphae
See the taxonomy section for familiesLabah-labah merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap. Labah-labah dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas araknid yang lebih besar, kumpulan yang turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit, dan falangid. Pengkajian labah-labah dikenali sebagai araknologi, dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk memerangkap serangga. Sarang ini diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen. Membandingkan dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli. Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, walaupun tidak kesemua menggunakannya bagi menganyam perangkap yang rapi. Benang sutera digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain.Kesemua kecuali satu genus labah-labah mempunyai keupayaan bagi mencucuk bisa untuk membunuh mangsa dan untuk mempertahankan diri mereka. Hanya subset labah-labah yang terhad yang mampu mengakibatkan masalah perubatan yang teruk apabila mengigit manusia. Kebanyakan jenis labah-labah yang lain mampu memberi gigitan yang menyebabkan rasa tidak selesa untuk beberapa ketika tetapi tidak menyebabkan kesan jangka panjang.