Ladang_Shebaa
Ladang_Shebaa

Ladang_Shebaa

Ladang Shebaa atau Shebaa Farms (B. Arab: مزارع شبعا, Mazāri‘ Šib‘ā; B. Ibrani: חוות שבעא, Havot Sheba‘a atau הר דוב, Har Dov) merupakan sebuah kawasan seluas 25 km persegi terletak di sempadan Lebanon dengan Bukit Golan. Lebih tepat, ia terletak 12 km di barat daya Lebanon dan 7km dari perkampungan puak Druze yang bernama Majdal Shams. Panjang Ladang Shebaa ialah 10 km dan lebarmnya 2.5 km sahaja. Luas sebenar kira-kira 25 km persegi. Ketinggian muka bumi antara 250 meter hingga 1500 meter dari aras laut.