Lady_Gaga
Lady_Gaga

Lady_Gaga

Stefani Joanne Angelina Germanotta (lahir 28 Mac 1986; umur 33 tahun; lebih dikenal dengan nama pentasnya Lady Gaga) adalah seorang pemuzik dari Amerika Syarikat yang berdarah campuran Itali. Beliau menulis lagu untuk Interscope Records, selain menyanyi. Pada permulaan karier, beliau sering menyanyi di kelab-kelab kecil di bandaraya New York. Pencapaian dalam bidang muzik beliau sangat memberangsangkan apabila beliau memenangi enam Anugerah Grammy, 13 MTV Video Music Awards dan banyak lagi anugerah lain. Lady Gaga sering muncul muka depan majalah hiburan seperti Billboard, V , Vogue, The Rolling Stone dan sebagainya. Lady Gaga juga mendapat tempat teratas dalam senarai pegikut twitter terbanyak. selain itu, beliau juga mengalahkan Ratu Elizabeth II dalam senarai wanita paling terpengaruh dan paling berkuasa dunia. Menurut akhbar The Guardian, Lady Gaga adalah seleberiti pertama yang memberi gelaran kepada kelab peminatnya dengan gelaran Little Monsters dengan slogan "Paws Up!!" dan tren ini menjadi ikutan seleberti bukan sahaja di Amerika malah di seluruh dunia, Lady Gaga juga dinobat artis pertama mendapat satu billion jumlah tontonan video di YouTube, Lady Gaga juga pernah dinobatkan artis solo pertama mendapat dua anugerah Berlian(Diamond) oleh RIAA dengan lebih 10 juta muat turun digital (secara sah) melalui lagu Bad Romance dan Poker Face, selain aktif dalam bidang seni Lady Gaga juga aktif dalam kegiatan Aktivis dan Kemanusian dengan menubuhkan Born This Way Foundation bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik. Lady gaga juga dikenali dengan aktivis LGBT, Beliau juga memperjuangkan hak kesamarataan, projek terbaru beliau adalah 'It's On Us' dgn usaha sama naib presiden Amerika Joseph Biden membantu mangsa seksual dikalangan masyarakat terutama pelajar kolej dan universiti, ianya bermula dengan sebuah dokumentari "The Hunting Ground', Lady Gaga bertindak sebagai penyanyi lagu tema(Till It Happens To You) untuk dokumentari tersebut, beliau juga adalah mangsa serangan seksual. Kebanyakan hasil kerja lagu beliau sering berkait rapat dengan peribadi beliau seperti keluarga , karier ,cinta dan sebagainya. Seperti contoh Marry The Night- tentang kepayahan beliau di awal karier sebagai artis, Speechless- rayuan kepada bapanya untuk menjalani pembedahan jantung, The Edge Of Glory- cinta datuk dan neneknya hingga ke penghujung nyawa, Dope- tentang ketagihan melampau terhadap kanabis dan alkohol, Do what You Want- sindiran kepada tabloid yang mengeji kariernya, ARTPOP- bertapa cintanya beliau terhadap muzik, Gypsy- merantau keseluruh dunia untuk membuat konsert 'tour' dan banyak lagi contoh lain, dalam masyarakat , beliau telah menjadi ikon dan contoh teladan untuk para remaja dengan hasil kerja beliau serperti Born This Way , Hair dan Scheiße yang boleh meningkat keyakinan diri. Selain Dari itu hasil kerja beliau juga tidak terlepas Dari kontroversi dan menerima kecaman dari masyarakat yang sering mengsalah anggap dan tersasar dari apa yg di maksudkan, sebagai contoh Judas , Do What You Want, Black Jesus+Amen Fashion. Lady Gaga juga menulis dan mengarah beberapa video muzik beliau sendiri seperti Telephone duet bersama Beyonce, Judas, G.U.Y dan Marry The Night, seperti lagu gubahanya , video muzik beliau juga tidak terlepas dari kontroversi dan kecaman masyarakat apabila sentimen agama dan LGBT dimasukan ke dalam video muzik Alejandro. Dalam bidang fesyen Lady Gaga sering menjadi tumpuan wartawan setiap Kali acara karpet merah berlansung tidak kira majlis apa sekali pun, ke unikan beliau menggayakan busana pelik sering menjadi perbualan masyarakat seluruh dunia antaranya Baju diperbuat Dari daging mentah(Meat Dress) pakaian kertas, pakaian getah, kasut tumit tinggi 10 inchi, rambut palsu berlampu dan sebagainya. Dari tahun ke tahun kematangan Lady Gaga kian teserlah melalui gubahan lagu dan cara beliau berpakaian.
Lady Gaga terkenal dengan pakaian pelik dan seksinya menjadi pengaruhnya besar terhadap peminatnya dan juga selebriti-selebriti lain. Gaya muziknya diilhami oleh para rocker glam seperti David Bowie dan Queen serta penyanyi seperti Michael Jackson dan Madonna. Ia telah menghasilkan lima buah album, empat buah album pop dan satu album jazz dengan gabungan bersama Tony Bennett (satu album dan satu album pakej semula) berjudul "The Fame" (2008), "The Fame Monster" (2009), "Born This Way" (2011) , "ARTPOP" (2013) dan "Cheek To Cheek" (2014) album gabungan bersama penyanyi jazz terkenal Tony Bennett. Pada .tahun 2015 Billboard menamakan beliau sebagai 'Woman Of The Year'. Dalam 8 Tahun(2008-2016) Lady Gaga dalam industri seni, beliau telah mempengaruhi ramai selebriti dgn fesyen beliau antaranya Katy Perry , Nicki Minaj, dan Taylor Swift.Pada tahun 2015 Lady Gaga mengembangkan lagi bakat seni beliau dengan mencuba nasib dalam bidang lakonan dengan membintangi siri kelima American Horror Story: Hotel , dengan membawa watak sebagai pontianak , lakonan beliau membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik dalam kategori lakonan drama tv di anugerah The Golden Globe tahun 2016.