Lafazkan_Kalimah_Cintamu

Lafazkan Kalimah Cintamu merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2018 disiarkan di Astro Ria dari 15 Januari hingga 8 Mac 2018,[1] diadaptasi dari novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmizah Semail yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.[2] Ia mengisahkan tentang suka dan duka kehidupan Tengku Aqilah yang mengharapkan kasih bapanya dan cinta kekasihnya, Tengku Ryan. Drama arahan Along Kamaludin ini dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Tengku Ryan dan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah.[3]

Lafazkan_Kalimah_Cintamu

Lagu penutup "Kesilapanku Keegoanmu" oleh Datuk Siti Nurhaliza
Mengikuti My Coffee Prince
Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Jalena Rejab
Pengarah Along Kamaludin
Lagu pembukaan "Kesilapanku Keegoanmu" oleh Datuk Siti Nurhaliza
Penerbit Siti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidin
Diikuti oleh Tak Ada Cinta Sepertimu
Syarikat penerbitan SR One Sdn. Bhd.
Tempoh siaran 48 minit
Siaran asal 15 Januari 2018 – 8 Mac 2018
Bilangan episod 32
Berdasarkan daripada Lafazkan Kalimah Cintamu oleh Siti Rosmizah
Dibintangi oleh Nelydia Senrose
Farid Kamil
Nadiyah Shahab
Genre Drama, cinta, konflik, keluarga
Ditulis oleh Siti Rosmizah Semail
Saluran asal Astro Ria (Slot MegaDrama)