Lagu Rukun Islam

Rukun Islam merupakan lagu yang dirakamkan oleh P. Ramlee dan Saloma pada tahun 1963. Lagu ini pernah menjadi lagu pembukaan bagi filem Hang Tuah pada tahun 1956. Lagu ini juga berasal daripada lagu Melaka. Lirik bagi lagu Rukun Islam telah disusun oleh S. Sudarmaji manakala lirik bagi lagu Melaka oleh Jamil Sulong.Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid Hijjaz dalam rancangan televisyen Terima Kasih Lagendaku terbitan Astro Ria pada tahun 1998 dan dimuatkan dalam album kompilasi mereka "Lukisan Alam" pada tahun 2000.