Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama

Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama merupakan album gandingan penyanyi irama tradisional lagenda Abdullah Chik bersama penyanyi irama Melayu remaja popular era 80an, Noraniza Idris serta penampilan ratu dangdut 80an, Zaleha Hamid. Album ini adalah kesinambungan daripada kerjasama mereka sebelum ini menerusi album solo Noraniza berjudul Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem.Album ini diterbitkan sebanyak 9 volume dan dipasarkan sepanjang tahun 1991 hingga 1992. Selepas kepergian Abdullah, Noraniza sering menyanyikan lagu-lagu duet ini bersama penyanyi dan pelawak Sulaiman Yassin. Mereka juga ada merakamkan beberapa buah lagu klasik bersama.

Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama

Dikeluarkan pada 1991-1992
Genre Etnik, Klasik
Syarikat Life Records