Lagu_Terbaik_Anugerah_Industri_Muzik

Lagu Terbaik atau digelar juga sebagai Lagu Sepanjang Tahun adalah salah satu kategori utama diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada persembahan rakaman lagu yang dicipta melodinya dan ditulis liriknya oleh rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti yang ditetapkan dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada penulis lagu dan lirik, serta diseiringkan dengan artis rakaman yang merakamkan lagu tersebut secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).