Laissez-faire

Laissez-faire (/ˌlɛseɪˈfɛər-/ ( dengar), Perancis: [lɛsefɛʁ]  ( dengar) ialah ungkapan bahasa Perancis yang bermaksud "biarkan"). Mula-mulanya digunakan oleh fisiokrat abad ke-18 sebagai injunksi menentang campur tangan kerajaan dalam perdagangan, istilah ini menjadi bersinonim dengan ekonomi pasaran bebas sejati. Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu doktrin yang menegaskan bahawa inisitaif dan pengeluaran swasta paling baik bebas daripada campur tangan ekonomi dan pencukaian oleh kerajaan selain apa yang perlu untuk menjamin kebebasan individu, keamanan, keselamatan, dan hakmilik harta.[1]Laissez-faire disokong oleh para pendukung libertarianisme, liberalisme klasik, neoliberalisme, minarkisme dan Objektivisme. Golongan libertarian berhujah bahawa pasaran bebas menghasilkan lebih banyak kemakmuran dan kebebasan peribadi berbanding sistem ekonomi lain. Aliran ekonomi Austria dan Chicago merupakan antara jenis laissez-faire yang utama. Pengikut anarki pasaran melampaukan idea laissez-faire dengan menentang segala pencukaian, dan lebih gemar undang-undang dan perintah dibiayai oleh sektor swasta.