Lakonan

Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan pada mulanya bermula dengan teater sebelum beralih kepada wayang gambar apabila kamera filem mula diperkenalkan. Di Malaysia, lakunan teater boleh dibahagikan kepada dua, iaitu lakunan traditional seperti Bangsawan, Main Puteri, Mak Yong, dan Menora, dimana watak dan jalan cerita telahpun dikekalkan dan tidak lagi berubah, walaupun setelah berlakunya perubahan zaman. Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Teater moden di Malaysia bergerak aktif tetapi kurang mendapat minat ramai kecuali kumpulan kecil. Usaha sedang giat dijalankan untuk mendedahkan lagi teater kepada umum.Wayang pula mula bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an. Sekitar 1950-an hingga 60-an, Jalan Ampang di Malaysia, dan Jalan Kempas di Singapura menjadi terkenal sebagai penghasil filem-filem melayu. Pada masa sekarang, cerita drama video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan. Filem yang ditangkap dengan menggunakan filem boleh dipancarkan kepada layar wayang tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama televisyen tidak sesuai untuk dilayar wayang disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.

Berkaitan