Laksam
Laksam

Laksam

Laksam (dikenali sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu) merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.