Lakshmi
Lakshmi

Lakshmi

Lakshmi atau Mahalakshmi (Sanskrit: लक्ष्मी lakṣmī) adalah dewi kekayaan untuk agama Hindu. Gambaran Lakshmi (atau Shri) juga dijumpai di monumen-monumen agama Jain dan Buddha, selain daripada di kuil-kuil Hindu. Lakshmi adalah permaisuri dewa Vishnu dan mengahwini salah satu penjelmaan semula Vishnu, iaitu Rama (di mana dia menjelma semula sebagai Sita) dan dengan Krishna sebagai Rukmini dan Radha.