Laluan_MRT_Sungai_Buloh-Kajang

Stesen pertukaranLaluan Sungai Buloh–Kajang (SBK) atau lebih dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang dan MRT Laluan SBK, ialah laluan kereta api alihan laju kesembilan serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu kedua di kawasan Lembah Klang, selepas Laluan Kelana Jaya. Ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini menjangkau dari Sungai Buloh sehingga ke Kajang. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan ini ditunjukkan dengan warna hijau tua berserta petunjuk bernombor 9.Laluan ini merupakan salah satu daripada tiga laluan kereta api yang dirancang di bawah projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikat MRT Corp. Fasa 1 projek bagi laluan pertama di antara Sungai Buloh sehingga Semantan telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Disember 2016.[3] Fasa 2 projek di antara Muzium Negara hingga Kajang telah dibuka pada 17 Julai 2017, sebagai perkhidmatan ulang-alik percuma oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak.[4] Perkhidmatan sepenuhnya bagi laluan SBK di antara Sungai Buloh hingga Kajang bermula pada hari keesokkanya.[5][6][7]

Laluan_MRT_Sungai_Buloh-Kajang

Sistem Rapid KLKVMRT Laluan 1
Status Beroperasi sepenuhnya
Pemilik MRT Corp
Sistem pengaliran Automatik dan tanpa pemandu
Siap dibina 2016
Penumpang harian 158,247 (Q4 2018)[1]
Pengelektrikan Rel ketiga, 750 VDC
Peta laluan
Peta laluan
Stesen 31 + 3 stesen peruntukan
Terminal  SBK01  Sungai Buloh
 SBK35  Kajang
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
Lokasi Lembah Klang
Dibuka Fasa 1
16 Disember 2016; 3 tahun yang lalu (2016-12-16)[2]
Sungai BulohSemantan
Fasa 2
17 Julai 2017; 2 tahun yang lalu (2017-07-17)
SemantanKajang
Laman sesawang
Panjang aliran 51 km (32 mi)
Bertingkat: 41.5 km (25.8 mi)
Bawah tanah: 9.5 km (5.9 mi)
Stok kereta api Siemens Inspiro
58 set kereta api empat gerabak
Lebar: 3.1 m (10 ka)
Panjang: 89.56 m (293.8 ka)
Depot Depot Sungai Buloh dan Depot Kajang
Penumpang 51.3 juta (2018)[1]
Nombor aliran 9 (hijau tua)
Pengendali Rapid Rail Sdn Bhd (Prasarana Malaysia Berhad)
Nama asal MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang
Jenis Transit aliran