Lan_Solo

Mohd Razlan bin Mohamed Yusof (lahir 11 Jun 1985 di Taiping, Perak) atau lebih dikenali sebagai Lan Kristal atau kemudian sebagai Lan Yusof merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Beliau ialah bekas vokalis Kumpulan Kristal dari tahun 1999 sehingga membuat keputusan mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya sejak pada November 2017.[1] Walau bagaimanapun, seelpas mengundurkan diri daripada kumpulan itu, Lan merancang membuat persembahan dengan lima orang anggota asal yang kini bekas ahli Kristal iaitu Ainol, Ezal, Ejan, Amai dan Joe pada Mac 2019.[2]Beliau juga merupakan salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ke-4 pada 2017 di mana beliau mendapat tempat ke-3.[3]

Lan_Solo

Pekerjaan Pelakon, Penyanyi, Komposer & Penulis Lirik
Ibu bapa Rosiyah Mad Ali (ibu)
Pasangan Nur Sheila Hassim (k. 2009)
Anak 4
Tahun aktif 1999–kini
Nama lain Lan Kristal (1999-2017)
Lan Solo (2017-19)
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman MVM Production
Warganegara Malaysia
Kelahiran Mohd Razlan bin Mohamed Yusof
(1985-06-11) 11 Jun 1985 (umur 34)
Taiping, Perak, Malaysia