Penyakit Langsat

Kerumping pada tanaman langsat adalah merupakan masalah utama kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan dan pembesaran ranting, mengakibatkan keguguran daun dan kematian ranting & pucuk.Serangan selalunya bermula dari paras pangkal pokok. Serangan yang teruk pada dahan dan batang akan menjejaskan pengeluaran bunga dan buah.

Biasenya penyakit ini dikaitkan dengan dua jenis ulat pengorek kulit iaitu Doloessa viridis & Anarisia sp.