Lanong
Lanong

Lanong

Lanong ialah perahu besar yang digunakan oleh para lanun laut di Nusantara. Perahu ini dibuat terutamanya di Mindanao dan pantai Kalimantan Timur. Dari namanya terlihat bahawa perahu ini awalnya diidentifikasi dengan Orang Lanun. Lanong berukuran hingga 60-70 kaki (18-21 m), dengan pendayung berbaris hingga dua atau tiga susun seperti yang ditemukan di perahu kora-kora. Selain pendayung lanong juga menggunakan layar segi empat, dengan tiang layar berjumlah dua buah. Berbanding penjajap lanong tidak terlalu cepat, dan kerana itu dapat digunakan sebagai pengangkut orang dan barang selain sebagai kapal perang.Sama seperti karakoa, lanong besar disebut secara tidak tepat oleh orang Sepanyol sebagai joanga atau juanga (bahasa Sepanyol untuk Jong), mungkin kerana persamaan siluetnya.Tidak seperti penjajap, lanong lebih dikhususkan untuk pertempuran melawan kapal Eropah. Kerana itu lanong dipersenjatai meriam kelas menengah di haluan dan beberapa meriam kecil dan meriam putar (swivel gun) di bahagian samping. Lanong terbesar dapat mencapai 30 m (98 kaki) panjangnya dan 6 m (20 kaki) lebarnya.[1] Sebagai kapal perang lanong dilengkapi dengan meriam di haluan dan lela di lambung kiri dan kanan. Awak kapal biasa membawa senjata, seperti bedil, klewang, keris, tombak, lembing atau seligi (buluh yang boleh mencapai 4 meter dengan hujung diperbuat dari besi).Dalam pelayarannya lanong biasanya didampingi oleh perahu yang lebih kecil yang bernama kakap. Kakap ini berfungsi sebagai peninjau (scout) bagi penjajap atau lanong.[2]