Lanun_perairan_Somalia
Lanun_perairan_Somalia

Lanun_perairan_Somalia

Lanun di perairan Somalia semakin mengganas pada 2008 . 62 buah kapal dagang telah diserang lanun di perairan Teluk Aden sepanjang 2008. 12 daripada 26 buah kapal kargo yang dirampas masih ditahan bersama kira-kira 200 anak kapal bagi menuntut wang tebusan jutaan ringgit.Lebih 20,000 kapal setiap tahun menggunakan Teluk Aden untuk berlayar dari benua Eropah ke Asia. Syarikat pemikir Britain, Chantham House menyatakan kumpulan lanun di Teluk Aden telah merampas lebih 30 kapal kargo. Setakat ini syarikat perkapalan terpaksa membayar tebusan antara AS$18 juta hingga AS$30 juta (RM 62.04 juta hingga RM103.40 juta).Bayaran tebusan antara AS$500,000 hingga AS$2 juta (RM1.7 juta hingga RM6.89 juta) bagi pembebasan setiap kapal kargo. Laporan Chantham House diterbitkan dalam "Ancaman Perdagangan Global, Suapan Perang Tempatan".