Lapangan Terbang Gelephu

Lapangan Terbang Gelephu (IATA: GLUICAO: VQGP) terletak di Samtenling Gewog iaitu kira-kira tiga kilometer dari bandar Gelephu di Daerah Sarpang, Bhutan. Lapangan terbang ini telah dibina di kawasan seluas 500 hektar dan digunakan secara biasa pada akhir 2017. Ianya adalah satu daripada hanya empat lapangan terbang di Bhutan.