Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Pulau_Pinang
Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Pulau_Pinang

Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Pulau_Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (kod IATA: PEN) adalah lapangan terbang kedua terbesar di Malaysia untuk operasi bandar sekitar Malaysia. Ia terletak di Bayan Lepas, iaitu 16 km dari George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Bagi menampung jumlah penumpang yang kian meningkat, Malaysia Airport akan membelanjakan kira-kira RM36 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini termasuk membina satu tempat meletak pesawat dan 32 kaunter pendaftaran baru yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2008. Pada tahun lepas, LTAPP mengendalikan 3.1 juta penumpang.Kini LTAPP menjadi hub bagi syarikat penerbangan tambang murah FireFly bermula April 2007.