Laut_Filipina
Laut_Filipina

Laut_Filipina

Laut Filipina merupakan sebuah laut kecil yang terletak di bahagian timur dan utara Filipina. Ia dianggarkan mempunyai keluasan 2 Juta m² (5 Juta km²)[1] di bahagian barat Lautan Pasifik Utara[2]. Ia disempadani oleh pulau-pulau Filipina, Samar, Leyte dan Mindanao) di barat daya, Palau, Yap, dan Ulithi (dari Carolines) di bahagian tenggara, Kepulauan Mariana termasuk Guam, Saipan, dan Tinian di bahagian timur, Bonin dan Iwo Jima di timur laut, pulau-pulau Jepun Honshu Shikoku, dan Kyushu di utara; Kepulauan Ryukyu ( Okinawa, Miyako, dan Yaeyama) di bahagian barat laut, dan Taiwan di hujung baratnya[3].Lantainya berbentuk lembangan berstruktur yang disebabkan oleh pelbagai siri perubahan geologi dan zon rekahan. Pembentukan lengkokan pulau akibat gunung berapi disebabkan oleh aktiviti pergerakan tektonik di kawasan tersebut dan menjadikan Laut Filipina menghampiri bahagian utara, timur dan selatan. Ciri-ciri lain yang menonjol adalah adanya jurang laut yang dalam, di antaranya adalah Jurang Filipina dan Jurang Mariana, iaitu kawasan terdalam di dunia.Koordinat: 20°0′N 130°0′E / 20.000°N 130.000°E / 20.000; 130.000

Laut_Filipina