Laut_Galilee
Laut_Galilee

Laut_Galilee

Laut Galilee, juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias (Bahasa Ibrani: ים כנרת‎, Bahasa Arab: بحيرة طبريا‎), terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).[3] Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terendah di Bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati, sebuah tasik air masin).[4]Kinneret adalah terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan, pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksifkan geologi kawasan Galilee.

Laut_Galilee

Isipadu air 4 km3 (0.96 bt3)
Kawasan tadahan 2,730 km2 (1,050 bt2) [2]
Luas permukaan 166 km2 (64 bt2)
Kedalaman maks 43 m (141 ka)
Panjang maks 21 km (13 mi)
Koordinat 32°50′N 35°35′E / 32.833°N 35.583°E / 32.833; 35.583Koordinat: 32°50′N 35°35′E / 32.833°N 35.583°E / 32.833; 35.583
Negara lembangan Israel, Syria, Lebanon
Masa mastautin 5 tahun
Aliran masuk utama Hulu Sungai Jordan dan punca setempat [1]
Kepulauan 2
Ketinggian permukaan -209 m (686 ka)
Rujukan [1][2]
Lebar maks 13 km (8.1 mi)
Panjang pesisir1 53 km (33 mi)
Kedalaman purata 25.6 m (84 ka)
Aliran keluar utama Hilir Sungai Jordan, pengewapan
Jenis Monomictic