Ekosistem Laut_Merah

Penyu karah di Terumbu ElphinstonePita telur nudibrank di Shaab Mahmoud

Laut Merah mempunyai ekosistem yang indah dan penuh kehidupan. Dengan lebih daripada 1200 ikan[16] telah dicatatkan wujud di Laut Merah, dan lebih kurang 10% daripadanya hanya wujud di sini.[17] Ini juga merangkumi 42 spesies ikan laut dalam.[16]

Kepelbagaian ini disebabkan oleh 2,000 km (1,240 mi) terumbu karang yang wujud di pesisiran pantai; terumbu pinggir ini berumur kira-kira 5000-7000 tahun dan terbentuk daripada batu karang akropora dan porit. Terumbu ini membentuk sebuah pelantar dan lagun di sepanjang pantai, dan kadangkala membentuk lubang selam (seperti Lubang Biru Laut Merah di Dahab). Terumbu-terumbu persisir ini juga dikunjungi oleh spesies ikan laut dalam di Laut Merah, termasuk 44 spesies jerung.

Ia mengandungi 175 spesies nudibrank, dan kebanyakan bilangan ini hanya wujud di Laut Merah.[18]

Laut Merah juga mengandungi banyak terumbu di tengah laut termasuklah beberapa atol. Banyak pembentukan terumbu tengah laut berbeza daripada terumbu karang biasa, dan ini disebabkan tahap aktiviti tektonik yang tinggi di kawasan ini.

Kerajaan Mesir sedar akan keanekaragaman haiwan dan keindahan di kawasan ini, dan menubuhkan Taman Negara Ras Mohammed pada tahun 1983. Undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk menjaga dan melindungi kehidupan laut, dan telah menarik minat untuk penyelam.

Penyelam dan pesnorkel perlu sedar bahawa walaupun kebanyakan spesies Laut Merah tidak mendatangkan bahaya, segelintir adalah berbahaya bagi manusia: lihat spesies Laut Merah yang berbahaya bagi manusia.

Habitat-habitat lain termasuklah rumput laut, kematu garam, paya bakau dan rawang garam.

Rujukan

WikiPedia: Laut_Merah http://archive.aramcoworld.com/issue/201204/nature... http://www.library.eb.com/eb/article-9106296 http://geography.howstuffworks.com/oceans-and-seas... http://www.iho.int/iho_pubs/standard/S-23/S-23_Ed3... http://www.emecs.or.jp/guidebook/eng/pdf/16redsea.... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=laut+kulzum&d... http://www.fishbase.org/TrophicEco/FishEcoList.php... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=L... https://books.google.com/books?id=5cYOAAAAQAAJ https://books.google.com/books?id=Ajbt7jOhp14C&pg=...