Laut_Merah
Laut_Merah

Laut_Merah

Laut Merah (atau Laut Kulzum dalam sastera lama)[1] ialah sebuah teluk di Lautan Hindi, di antara benua Afrika dan Asia. Ia hampir bercantum di Teluk Aden dengan Bab el Mandeb. Yang berada di utaranya ialah Semenanjung Sinai, Teluk Aqabah dan Terusan Suez. Laut Merah bertemu dengan Mesir, Sudan dan Eritrea di sebelah barat, manakala di sebelah timurnya ialah Arab Saudi dan Yaman. Laut Merah dikategorikan sebagai sebuah kawasan ekologi dalam senarai Global 200 oleh Tabung Alam Sedunia.Laut Merah bertempat di Lembah Rengkahan Besar. Luasnya sekitar 438,000 km2.[2][3] Panjangnya 2250 km dan lebarnya 355 km. Kedalaman laut mencapai 3,040 m di Jurang Suakin di bahagian tengah.[4] Purata dalam laut ini ialah 490m. Terdapat pelbagai hidupan laut di dalamnya. Antaranya 1000 jenis invertebrata, 200 batu karang lembut dan keras. Airnya masin bertaraf keasinan antara 3.6 hingga 3.8%.

Rujukan

WikiPedia: Laut_Merah http://archive.aramcoworld.com/issue/201204/nature... http://www.library.eb.com/eb/article-9106296 http://geography.howstuffworks.com/oceans-and-seas... http://www.iho.int/iho_pubs/standard/S-23/S-23_Ed3... http://www.emecs.or.jp/guidebook/eng/pdf/16redsea.... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=laut+kulzum&d... http://www.fishbase.org/TrophicEco/FishEcoList.php... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=L... https://books.google.com/books?id=5cYOAAAAQAAJ https://books.google.com/books?id=Ajbt7jOhp14C&pg=...