Sejarah Laut_Merah

Zaman Kuno

Kembara Mesir Purba ke negeri Punt di persisiran Laut Merah semasa pemerintahan Ratu Hatshepsut.Penempatan dan pusat dagangan di kawasan Laut Merah terlibat dengan dagangan rempah, seperti dinyatakan dalam Periplus dari Laut Erythraea

Penduduk Mesir yang terletak di pinggir Laut Mesir merupakan orang pertama cuba meneroka Laut Merah, semasa mereka hendak mengasaskan jalan perdagangan ke negeri Punt. Contohnya satu kembaraan pada 2500 SM, dan satu lagi pada 1500 SM (oleh Hatshepsut). Kedua-dua kembara ini melibatkan perjalanan hulu ke hilir Laut Merah.[8] Dahulu, ahli sejarahwan berdebat akan dapatkah perjalanan sebegini dilakukan.[9] Dalam Kitab Keluaran, Bani Israel melintasi sebuah bentangan lautan, dalam bahasa Ibrani ia digelar Yam Suph (Hebrew: יַם סוּף). Yam Suph pada asalnya dianggap sebagai Laut Merah. Rabbi Saadia Gaon (882‒942), dalam terjemahan Ibrani-Arab Taurat, menggelari tempat melintas Laut Merah sebagai Baḥar al-Qulzum, bermaksud Teluk Suez.[10]

Telah dicatatkan dalam Al-Quran akan kisah Nabi Musa mengetuai Bani Israel untuk melarikan diri daripada dikejar Firaun dan bala tenteranya. Dengan takdir Allah, Laut Merah tiba-tiba terbelah dua dan Nabi Musa dan Bani Israel dapat menyelamatkan diri dengan mudah.[11][12]

Pada abad ke-6 SM, Darius I dari Parsi utuskan peninjau ke Laut Merah, bertujuan untuk memperbaikan dan memperluaskan penerokaan dengan mencatat arus dan batu-batu yang berbahaya. Sebuah terusan dibina antara sungai Nil dan hujung utara Laut Merah di Suez.

Pada abad ke-4 SM, Alexander Agung utuskan pengembara laut Yunani ke selatan Laut Merah ke Lautan Hindi. Pengembara Yunani teruskan penerokaan dan pengumpulan maklumat berkenaan Laut Merah. Agatharchus mengumpul maklumat laut tersebut pada abad ke-2 SM. Periplus dari Laut Erythraea ("Periplus dari Laut Merah"), sebuah catatan pelayaran Yunani yang ditulis sekitar abad pertama SM tanpa nama penulis, mengandungi catatan teliti berkenaan pelabuhan dan jalan perdagangan di Laut Merah.[13] Seorang pelaut Yunani bernama Hippalus juga dicatatkan telah belayar di Laut Eritrea dan berdagang dengan orang India.

Laut Merah digemari oleh puak Rumawi untuk berdagang ke India bermula pada zaman maharaja Augustus, semasa Empayar Rom berkuasa di Laut Mediterranean, Mesir, dan utara Laut Merah. Haluan dagangan ini telahpun digunakan oleh negeri-negeri yang ada tetapi makin ramai menggunakan ia dibawah kawalan orang Rom. Barangan dari China dibawa ke India dan disebarkan ke dunia Rom. Rom dan China berhubung dengan Laut Merah, tetapi haluan dagangan tersebut diputuskan oleh Empayar Aksum pada abad ke-3 TM.[14]

Zaman Pertengahan dan Zaman Moden

Pada abad ke-15, barulah orang Eropah menunjukkan minat terhadap rempah ratus dan berdagang dengan orang Asia, dimulakan oleh negari Portugis, Belanda, Sepanyol, British dan lain-lain. Pada 1513, Afonso de Albuquerque mengepung Aden untuk cuba merampas kawalan haluan tersebut demi Portugal[15] tetapi akhirnya terpaksa berundur. Mereka berlayar ke Laut Merah di Bab al-Mandab, sebagai kapal Eropah pertama yang berlayar ke perairan tersebut.

Pada 1798, Jeneral Napoleon Bonaparte dari Perancis telah menjajah Mesir dan menakluk Laut Merah. Walaupun misi Napoleon Bonaparte gagal, seorang jurutera bernama Jean-Baptiste Lepère berjaya membina terusan. Terusan Suez pernah dicadangkan dibina semasa zaman Firaun di Mesir lagi. Beberapa terusan pernah dibina zaman dahulu dari sungai Nil ke Laut Merah berdekatan Terusan Ismailiyah, namun tidak pernah kekal. Terusan Suez dibuka pada November 1869. Pada masa itu, orang-orang British, Perancis, dan Itali berkongsi pusat perdagangan tetapi lambat laun dibubarkan selepas Perang Dunia Pertama. Selepas Perang Dunia Kedua, pihak Amerika Syarikat dan Soviet perkukuhkan pengaruh mereka manakala jumlah aliran kapal tangki minyak meningkat. Akhirnya, Perang Enam Hari berakhir dengan penutupan Terusan Suez dari 1967 ke 1975. Kini, Terusan Suez tidak lagi capai kegemilangannya menentang Tanjung Harapan yang dianggap lebih selamat tanpa lanun, walaupun dengan rondaan angkatan laut di perairan Laut Merah.

Rujukan

WikiPedia: Laut_Merah http://archive.aramcoworld.com/issue/201204/nature... http://www.library.eb.com/eb/article-9106296 http://geography.howstuffworks.com/oceans-and-seas... http://www.iho.int/iho_pubs/standard/S-23/S-23_Ed3... http://www.emecs.or.jp/guidebook/eng/pdf/16redsea.... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=laut+kulzum&d... http://www.fishbase.org/TrophicEco/FishEcoList.php... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=L... https://books.google.com/books?id=5cYOAAAAQAAJ https://books.google.com/books?id=Ajbt7jOhp14C&pg=...