Le_Havre
Le_Havre

Le_Havre

Le Havre (Sebutan bahasa Perancis: [lə avʁ]) adalah bandar dan komun di jabatan Seine-Maritime bagi région (kawasan) Haute-Normandie di Perancis. Ia terletak di barat laut Perancis, di tebing kanan muara Sungai Seine di Selat Inggeris. Le Havre adalah komun yang paling padat di Haute-Normandie (Hulu Normandy), meskipun jumlah penduduk konurbasi raya Le Havre lebih kecil daripada konurbasi Rouen. Ia juga merupakan subprefektur kedua terbesar di Perancis (selepas Reims). Pelabuhannya adalah yang kedua tersibuk di Perancis (selepas Pelabuhan Marseille). Sejak 1974 ia menjadi pusat utama uskup (biskop) bagi keuskupan Le Havre.Le Havre dinamakan pada asalnya Franciscopolis sempena Raja François I, yang menubuhkan bandar ini pada 1517. Satu kapel (gereja) yang bernama Notre-Dame-de-Grâce wujud di tempat sebelum penubuhan bandar ini dan panggilan ini memberikan namanya kepada pelabuhannya, yang dipanggil Le Havre (atau Le Hable) de Grâce ("pelabuhan rahmat"). Nama yang dipendekkan Le Havre, yang digunakan pada zaman sekarang, diterjemahkan dengan mudahnya kepada "pelabuhan".Di bawah penjajahan Jerman, bandar ini telah musnah pada 1944 ketika Pertempuran Normandy pada Perang Dunia Kedua; 5,000 orang dibunuh dah 12,000 rumah musnah, terutamanya oleh serangan udara Pihak Berikat. Selepas perang, pusat bandar dibina semula mengikut gaya modenis oleh Auguste Perret. Le Havre diberikan gelaran anugerah Légion d'honneur pada 18 Julai 1949. Ia dicalonkan dan disahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2005.Le Havre dahulu dikaitkan dengan kemuraman dan kekelabuan. Penduduk-penduduknya telah banyak berusaha untuk mengubah persepsi ini; kesan daripada perubahan yang meningkat, Le Havre kini disebut sebagai Brasilia Perancis. [petikan diperlukan].Kod pelabuhan Le Havre ialah LH.

Le_Havre

• Ranking ke-12 di Perancis
Arrondissement Rouen
• Urban (2006) 246,195
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)
Populasi (2007)2 179,751
• Kepadatan 3,800/km2 (9,900/batu persegi)
• Metro 291,765
Jabatan Seine-Maritime
Interkomunaliti CODAH
INSEE/Poskod
Zon waktu UTC+1 (CET (UTC +1))
• Kepadatan urban 1,300/km2 (3,500/batu persegi)
• Kepadatan metro 470/km2 (1,200/batu persegi)
Luas1 46.95 km2 (18.13 batu persegi)
Kawasan Normandy
Laman web www.ville-lehavre.fr
Negara Perancis
• Datuk Bandar (2010 - 2014) Edouard Phillippe (UMP)