Penternakan Lebah_madu

Pemakaian yang betul perlulah semasa mengendalikan lebah madu agar keselamatan terjamin.
Rencana utama: Perlebahan

Hanya dua spesies lebah madu, A. mellifera dan A. cerana indica, yang paling banyak dijaga, disuap, dan diangkut oleh penjaga lebah. Sarang lebah (haif) moden juga membolehkan penjaga lebah untuk mengangkut lebah dari tempat ke tempat untuk membantu pendebungaan hasil tanaman serta menggalakkan perusahaan menternak lebah secara besar-besaran.

Bagi penternak lebah madu, mereka memeriksa haif sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pemeriksaan koloni di lapangan bertumpu kepada:

  1. Keadaan populasi: Koloni lebah yang dipelihara hendaklah sentiasa aktif dan mempunyai populasi lebah pekerja yang banyak agar kerja-kerja mengumpul nektar (madu) dan debunga dapat dilaksanakan sepanjang masa bagi menghasilkan kutipan madu yang tinggi. Populasi yang rendah akan memudahkan serangan serangga perosak dan penyakit.
  2. Kehadiran telur dan anak: Ratu yang produktif ialah yang berupaya mengeluarkan banyak telur di setiap sel kom, dan seterusnya menghasilkan anak yang banyak.
  3. Kewujudan sel ratu: Sel ratu perlu dibuang bagi mengelakkan perpecahan koloni berlaku. Ia juga menandakan haif perlu itu sesak dan perlu diperbesar lagi.
  4. Stok madu dan debunga: Koloni yang baik mempunyai stok madu dan debunga yang banyak. Madu boleh dipungut setelah ia 90% matang.
  5. Serangan perosak dan penyakit: Perosak utama lebah ialah tebuan, kutu (mite), burung (Merob spp.) dan ulat lilin (wax moth). Manakala 'sacbrood' dan 'chalkbrood' ialah penyakit yang biasa menyerang koloni. Penyakit 'sacbrood' boleh dikawal dengan kawalan semula jadi iaitu meningkatkan populasi lebah pekerja, mengeluarkan larva yang terkena jangkitan, menjaga kebersihan dalam haif serta mengeluarkan dan memusnahkan frame yang diserang penyakit.
  6. Keadaan kom: Ratu lebih gemar bertelur pada kom yang berwarna putih. Kom yang telah menjadi hitam perlu diganti dengan kom landasan atau kom yang dibina secara semula jadi oleh lebah pekerja.
Pewasap lebah.

Rujukan

WikiPedia: Lebah_madu http://www.culturaapicola.com.ar/apuntes/revistase... http://puspatani.blogspot.com/2009/09/ternakan-leb... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.sciencedaily.com/releases/2008/09/08090... http://www.bio.davidson.edu/people/midorcas/animal... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16182149 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19551367 http://books.google.com.my/books?id=96wzC3B0TJUC&l... http://books.google.com.my/books?id=qJ-D4oSxpOAC&p... http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/lebah.htm