Lebuhraya_Butterworth-Kulim

Lebuhraya Butterworth-Kulim, BKE adalah sebuah lebuh raya yang ada 2 tol, paling pendek dan penting di Malaysia bagi orang Kulim dan Lunas ke Butterworth dan Pulau Pinang. Ia menghubungkan antara Butterworth, Pulau Pinang di sebelah barat serta Kulim, Kedah di sebelah timur dan sempadan negeri Kedah Darul Aman. Ia merupakan laluan utama ke Lebuhraya Timur-Barat (Laluan Persekutuan melalui Baling, Kedah dan Gerik, Perak dari Butterworth dan Pulau Pinang. 90 peratus lebuhraya ini adalah melalui kawasan negeri Pulau Pinang. Di sempadan Kedah adalah sambungan plaza tol Lunas dan jambatan sungai sahaja bagi menghubung ke bandar Kulim. Laluan alternatif LBK dari dan ke Kulim ini juga boleh melalui Jalan Mengkuang dan Jalan Ara Kuda. Terdapat 2 tol perlu dibayar sepanjang LBK ini.