Lebuhraya_Tun_Dr_Lim_Chong_Eu

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Laluan Persekutuan merupakan sebuah lebuh raya di Pulau Pinang, Malaysia yang menghubungkan antara bandar raya George Town dengan Bayan Lepas dan Butterworth. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.[2] Lebuh raya ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu Lebuhraya Jelutong dan Lebuhraya Bayan Lepas.Laluan ini merupakan laluan terus ke George Town dan Bayan Lepas sekarang dari Butterworth.