Lebuhraya_Utara-Selatan

Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (dan dihubungkan dengan Lebuhraya Phetkasem di Thailand) dan Johor Bahru.Ia terbahagi kepada jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Baru Lembah Klang dan jajaran selatan yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Lebuhraya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE; E6) adalah lebuh raya pintasan yang dibuka sepenuhnya pada tahun 1999 yang memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari persimpangan Nilai, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya, Seafield dan akhirnya ke persimpangan Shah Alam di NKVE. E3 pula ialah Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua) yang merupakan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bermula dari Senai dan berakhir di Tanjung Kupang sebelum merentasi Selat Johor. PLUS juga menguruskan Lebuhraya Seremban - Port Dickson, E29, yang bermula dari persimpangan Mambau dan berakhir di pusat bandar Port Dickson. dan berakhir sementara di Kuala Lumpur dan dihubungkan bersama oleh Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Jalan Duta.

Lebuhraya_Utara-Selatan

Bandar utama Jitra, Alor Star, Sungai Petani, Butterworth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Gopeng, Tapah, Tanjung Malim, Rawang, Kuala Lumpur, Nilai, Seremban, Alor Gajah, Melaka, Tangkak, Pagoh, Yong Peng, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Kulai, Senai, Skudai, Pasir Gudang, Johor Bahru
Sejarah Siap pada tahun 1994
Panjang 960 km (600 mi)
Jajaran utara: 456 km (283 mi)
Jajaran selatan: 310 km (193 mi)
Wujud 1982 – kini
Hujung selatan Johor Bahru, Johor
Hujung utara Bukit Kayu Hitam, Kedah