Spesifikasi Lebuhraya_Utara-Selatan

Rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan terdiri daripada jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Baru Lembah Klang dan jajaran selatan. Jajaran utara bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Jajaran selatan bermula dari Sungai Besi, Kuala Lumpur menganjur ke selatan dan berakhir di Johor Bahru. Kedua-dua jajaran tersebut dihubungkan dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

  • Kos Projek: RM6 bilion
  • Pemegang konsesi: Plus Expressway Berhad
  • Tarikh Mula Konsesi: Mei 1988
  • Tarikh Tamat Konsesi: Mei 2018
  • Tempoh Konsesi: 30 tahun
  • Panjang: 847.7 kilometer
  • Terowong lebuh raya: 2 Plaza tol: 65

Secara umumnya lebuh raya ini selebar 4 lorong, 2 di setiap arah

Ada bahagian yang selebar 6 lorong, iaitu:

Baru-baru ini, kerajaan telah menerima rancangan untuk melebarkan bahagian dariSeremban ke Melaka untuk melancarkan lagi aliran trafik.