Led_Zeppelin
Led_Zeppelin

Led_Zeppelin

Led Zeppelin ialah sebuah kumpulan muzik dari England. Ditubuhkan pada tahun 1968 dan dianggotai oleh pemain gitar Jimmy Page, penyanyi Robert Plant, John Paul Jones memain gitar bes, dan pemain dram John Bonham. Bunyi kumpulan yang didorongi bunyi gitar yang berat, berasaskan muzik blues dalam album-album awal mereka membawa kepada pengiktirafan Led Zeppelin sebagai satu daripada pelopor heavy metal, mahupun gaya mereka dipengaruhi pelbagai sumber, termasuk muzik rakyat.Selepas menukar nama daripaa New Yardbirds, Led Zeppelin menandatangani kontrak dengan label Atlantic Records yang memberikan mereka kebebasan berkarya. Walaupun pada mulanya kumpulan ini tidak begitu popular dengan para pengkritik, mereka meraih kejayaan komersial dengan album-albun seperti Led Zeppelin (1969), Led Zeppelin II (1969), Led Zeppelin III (1970), album keempat yang tidak berjudul (1971), Houses of the Holy (1973), dan Physical Graffiti (1975). Album keempat (Led Zeppelin IV) yang memuatkan runut Stairway to Heaven, ialah karya yang antara paling popular dan berpengaruh dalam muzik rock dan memperkukuhkan kepopularan kumpulan ini.Page menulis kebanyakan muzik awal Led Zeppelin, sementara Plant menulis lirik lagu. Gubahan Jones yang berlandaskan papan nada kemudian menjadi tumpuan muzik kumpulan, dan album-album terkemudian kumpualn memuatkan muzik yang lebih rintis. Bahagian separuh terkemudian kerjaya kumpulan melihat siri konsert kembara yang memecah rekod yang juga mendatangkan reputasi mereka sebagai kugiran yang berlebihan dan yang tidak bermoral. Walaupun mereka mengekalkan kejayaan komersial dan mutu muzik, hasilan mzuik dan konsert kembara mereka terbatas pada lewat tahun 1970-an, dan Led Zeppelin bersurai berikutan kematian pemain dram, John Bonham, akibat asfiksia berkaitan dengan pengambilan arak pada tahun 1980. Pada dasawarsa-dasawarsa semenjak itu ahli kumpulan yang masih ada membuat bergabung sekali-sekala untuk membuat persembahan pertemuan kembali Led Zeppelin. Konsert yang paling berjaya ialah persembahan Ahmet Ertegun Tribute Concert di London pada tahun 2007, dengan anak John Bonham, Jason Bonham, mengambil tempat bapanya bermain dram.