Lee_San_Choon
Lee_San_Choon

Lee_San_Choon

Tan Sri Dato' Lee San Choon merupakan ahli politik Perikatan/ MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kluang Utara, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Sekali lagi beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Segamat, selatan Johor. Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Hussein Onn melantik beliau sebagai Menteri Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam.
Beliau dilahirkan pada 24 Mac 1935 di Pekan Pahang. Mendapat pendidikan di English College, Johor Bahru.Beliau pernah bekerja di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Malaysia sebelum keputusan untuk berhenti dan berkhidmat di sektor swasta, Malayan Weaving Mills Ltd.Jawatan Setiausaha Politik kepada Tun Tan Siew Sin merupakan titik awal pembabitan awal beliau di dalam bidang politik. Pada tahun 1965 beliau dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Buruh.Memegang Jawatan Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat pada 1969 dan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Komunikasi sebelum dilantik Menjadi Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan pada tahun 1978.Kompleks Kerja Raya 17 Tingkat dan bangunan-bangunan persekutuan merupakan beberapa projek yang dikenalpasti siap semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan.