Leksikon biasanya merujuk kepada senarai perkataan yang mempunyai maklumat tambahan, contohnya sebuah
kamus. Perkataan 'leksikon' berasal daripada perkataan
Yunani (λεξικόν) yang membawa maksud
perbendaharaan kata. Apabila ahli-ahli linguistik mengkaji leksikon, mereka mengkaji perkara-perkara seperti apakah perkataan, bagaimana perbendaharaan kata dalam sebuah
bahasa distrukturkan, bagaimana orang menggunakan dan menyimpan perkataan, bagaimana mereka membelajari perkataan,
sejarah dan evolusi perkataan, jenis hubungan antara perkataan, serta bagaimana perkataan dicipta.Istilah ini juga kekadang digunakan dalam judul
kamus ensiklopedia atau
ensiklopedia, khususnya karya-karya
abad ke-19 dan karya-karya yang ditulis dalam
bahasa Jerman (lexikon).Dalam bidang
linguistik, 'leksikon' mempunyai takrif yang lebih khusus kerana ia termasuk
leksem yang digunakan untuk menyebut perkataan. Leksem dibentuk menurut peraturan
morfem sintaks dan menyatakan
semem. Dari segi ini, sepatah leksikon mengatur perbendaharaan kata mental dalam
akal penutur: Pertamanya, ia mengatur perbendaharaan kata sebuah bahasa mengikut prinsip-prinsip yang tertentu (umpamanya, semua
kata kerja pergerakan boleh dikaitkan kepada sebuah rangkaian leksikon) dan kedua, ia mengandungi kaedah janaan untuk menghasilkan perkataan mudah dan rumit yang baru, menurut peraturan-peraturan leksikon yang tertentu. Selain itu, 'pengetahuan leksikon' (atau konsep leksikon) merujuk kepada pengetahuan perbendaharaan kata seseorang.