Sejarah Lembaga_Pelabuhan_Klang

Sejajar dengan polisi kerajaan untuk menanam semangat pengurusan sektor swasta dalam pelbagai bidang yang dimiliki dan kawalan kerajaan di negara ini, maka penswastaan pertama kemudahan utama pelabuhan telah dilaksanakan di Pelabuhan Klang. Dalam tahun 1986, kemudahan kontena terminal yang dikendalikan oleh LPK telah diswastakan kepada Klang Container Terminal Berhad. LPK mengekalkan 20% ekuitinya dalam syarikat tersebut. Lanjutan daripada penswastaan itu baki kemudahan operasi pelabuhan telah diswastakan kepada Klang Port Management Sdn Bhd pada tahun 1992. Kemudahan pelabuhan yang baru dibangunkan di Pulau Indah (Pulau Lumut) telah diswastakan kepada Kelang Multi Terminal Sdn Bhd dalam tahun 1994. Mereka diberi pilihan untuk membangunkan baki pembangunan kemudahan pelabuhan seperti yang terancang dalam Pelan Induk Pelabuhan (1990-2010).

Melalui penswastaan kemudahan-kemudahan operasi dan perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan terbahagi kepada 3 entiti yang berbeza di bawah 3 siri penswastaan yang berasingan, Lembaga Pelabuhan Klang telah mempertingkatkan peranannya sebagai pemudahcara perdagangan, mengawalselia dan sebagai tuan tanah.