Lembah_Fergana
Lembah_Fergana

Lembah_Fergana

Lembah Fergana terletak di Asia Tengah antara dua banjaran gunung iaitu Tien-Shan di utara dan banjaran Gissar-Alai di selatan. Lembah Fergana meliputi Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan. Panjangnya 300 km dan lebarnya 70 km. Luasnya 22,000 km persegi. Lembah ini diairi oleh dua sungai utama iaitu Sungai Naryn dan Sungai Kara Darya. Kedua-dua sungai ini bertemu di Namangan untuk membentuk Syr Darya. Sungai lain ialah Sungai Sokh.