Lembing_Awang_Pulang_Ke_Dayang_(filem)
Lembing_Awang_Pulang_Ke_Dayang_(filem)

Lembing_Awang_Pulang_Ke_Dayang_(filem)

Lembing Awang Pulang Ke Dayang merupakan sebuah filem hikayat cereka. Filem ini telah ditayangkan pada 22 Oktober 2009. Filem ini unik kerana berasaskan sebuah buku tulisan Cikgu Shaharom Husain yang merupakan seorang ahli sasterawan terkenal dan juga pakar sejarah negeri Johor. Kisah asal Lembing Awang Pulang Ke Dayang adalah sebuah legenda negeri Johor dan ia di katakan benar-benar terjadi pada tahun 1776 di kawasan yang kini didirikan Parit Raja, Muar. Dikatakan bahawa seperti kebanyakan legenda tragedi lain, kisah ini ada sumpahannya yang tersendiri. Sebelum filem ini di buat oleh penerbit, dikatakan bahawa telah terdapat usaha untuk menghidupkan kembali kisah ini melalui teater dan drama TV. Semua usaha-usaha ini banyak menghadapi masalah, drama TV tersebut dikatakan sampai kini belum ditayangkan. Filem ini juga dikatakan menempuhi banyak halangan dan tertangguh beberapa kali.