Taksonomi Lembu

Lihat juga: Bos dan Bovinae
Lembu betina dari baka Holstein, ahli tipikal subspesies Bos taurus taurusŻubroń, kacukan wisent dan lembu

Pada mulanya lembu dikenal pasti dalam tiga spesies: Bos taurus, iaitu lembu Eropah atau "taurina" (termasuk jenis-jenis seumpama dari Afrika dan Asia); Bos indicus, iaitu zebu; dan Bos primigenius, iaitu aurochs yang pupus. Aurochs merupakan leluhur kepada lembu zebu dan taurina. Kini semuanya dikelaskan semula sebagai satu spesies iaituBos taurus dengan tiga subspesies: Bos taurus primigenius, Bos taurus indicus, and Bos taurus taurus.[4][5]

Merumitkan lagi keadaan ialah kemampuan lembu untuk berkacuk dengan spesies lain yang bertalian rapat. Wujudlah individu bahkan baka kacukan bukan sahaja antara taurina dan zebu (seperti lembu sanga, Bos taurus africanus), bahkan juga dengan ahli-ahli yang lain di bawah genus Bos, iaitu yak (dzo atau yattle[6]), banteng, dan seladang. Kacukan seperti baka beefalo boleh pula terjadi antara lembu taurina dan mana-mana spesies bison, menyebabkan sesetengah penulis menganggap kacukan tersebut tergolong di bawah Bos.[7] Sesetengah jenis tidak jelas asal-usul kacukannya – contohnya, ujian genetik terhadap baka Dwarf Lulu, satu-satunya lembu taurina di Nepal, mmendapati campuran taurina, zebu dan yak.[8] Bagaimanapun, lembu tidak boleh dikacukkan dengan bovin yang lebih jauh pertalian seperti kerbau atau kerbau Afrika.

Aurochs pernah bertaburan di seluruh Eropah, Afrika Utara, dan sebahagian besar Asia. Lambat-laun taburannya terhad kepada Eropah, dan individu terakhir dikenali mati di Mazovia, Poland, pada sekitar tahun 1627.[9] Penternak telah cuba mencipta semula lembu seiras aurochs dengan mengacukkan jenis lembu ternakan tradisional, maka jadilah baka lembu Heck.

Rujukan

WikiPedia: Lembu http://www.nt.gov.au/d/Content/File/p/Anim_Dis/747... http://www.mvma.ca/resources/animal-owners/animal-... http://beef2live.com/story-world-beef-exports-rank... http://beefmagazine.com/genetics/0201-increased-be... http://www.blackwell-synergy.com/links/doi/10.1111... http://chillinghamwildcattle.com/science/ http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA1 http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA6... http://www.highbeam.com/doc/1P2-80866.html http://www.hkcd.com/content/2015-01/08/content_901...