Lembu_sanga

Lembu Sanga merupakan nama kolektif bagi lembu pribumi Afrika Subsahara, kadang-kadang dikenali sebagai subspesies Bos taurus africanus.[1] Lembu ini berasal dari Afrika timur, mungkin di pesisir barat Tasik Victoria, lalu tersebar ke sungaiNil, dengan gambaran pada mural Mesir Purba. Sanga merupakan jenis perantaraan yang mungkin terbentuk dengan mengacukkan lembu tanpa bonggol setempat dengan lembu zebu.[2] Akan tetapi, bukti kaji purba menandakan bahawa jenis lembu ini dibelajinakkan secara berasingan di Afrika, malah keturunan taurina dan zebu hanya diperkenalkan dalam beberapa abad yang lepas.[3] Biarpun garis masa sejarah lembu sanga masih hebat diperbahaskan, sesetengah pihak menarikhkan lembu Sanga pertama pada 1600 SM sementara bukti alternatif mendapati tulang-tulang ditemui di Afrika Timur selama 7000 tahun dahulu.[4] Beza lembu sangat terletak pada bonggol bahagian tengkuk yang rendah berbanding zebu yang berbonggol tinggi.