Lembu_taurina
Lembu_taurina

Lembu_taurina

Bos taurus, Bos taurus taurusLembu taurina (Bos taurus taurus) atau lembu Eropah merupakan subspesies lembu bela jinak yang berasal dari Timur Dekat. Kedua-dua lembu taurina dan indisin (zebu) adalah keturunan aurochs. Lembu taurina asalnya dikira spesies berasingan, tetapi kini digolongkan bersama zebu dan aurochs ke dalam satu spesies iaitu Bos taurus.[1][2][3] Kebanyakan baka lembu moden adalah taurina.Kajian genetik menunjukkan bahawa seluruh stok lembu taurina mungkin timbul dari sekurang-kurangnya 80 ekor aurochs yang dijinakkan di kawasan hulu Mesopotamia sekitar 10,500 tahun dahulu berdekatan desa-desa Çayönü di tenggara Turki dan Dja'de el Mughara di Iraq utara.[4]Jujukan genom lembu taurina baka Hereford diterbitkan oleh Bovine Genome Sequencing and Analysis Consortium pada 2009.[5]