Lenong
Lenong

Lenong

Lenong merupakan sejenis bentuk teater tradisional bagi orang Betawi di Jakarta, Indonesia. Dalam teater ini, aksi dan dialog biasanya dipersembahkan dalam bentuk jenaka di atas pentas yang dikenali sebagai pentas tepal kuda. Penghibur lelaki dirujuk sebagai panjak manakala penghibur perempuan dirujuk sebagai ronggeng.[1]Persembahan biasanya dimulakan dengan upacara doa yang dikenali sebagai ungkup dan amalan ritual. Para penghibur kemudiannya diperkenalkan. Gambang kromong adalah salah satu genre muzik mungkin yang mengiringi persembahan lenong. Para pemuzik boleh menggunakan pelbagai jenis alat muzik sama ada serunai, gong, akordion atau gendang. Lagu-lagu secara tradisionalnya telah ditetapkan dan beberapa lagu yang biasanya dipersembahkan adalah "Cente Manis" dan "Jali-Jali".